Pengasas Mamadil Dila Mubarak

Siapakah Dila Mubarak Mamadil? Siapakah Dila Mubarak Mamadil? Siapakah Dila Mubarak Mamadil?

Saya ni surirumah duduk kampung jer… Saya ni surirumah duduk kampung jer… Saya ni surirumah duduk kampung jer…

Puan Dila Mubarak, owner brand MAMADIL…

Nak cite skit…
Nak dapatkan story dari beliau ni, bukannya mudah…
Dari dulu minta dia share kisah dia, tapi dia belum bersedia..

Tapi akhirnya, dengan “kuasa veto” guru, beliau akhirnya bersetuju nak share kisah beliau kali ni..Dengan tujuan memberi INSPIRASI KEPADA SURIRUMAH-SURIRUMAH SEMUA. Surarumah? pun boleh juga…

Perkongsian saya ini sebenarnya sukar bagi saya. Sebab saya lebih suka “buat hal sendiri” gitu. Walaupun guru kata networking is king! Tapi saya tetap macam… kera sumbang. Takde la sumbang sangat he3..

Saya sharing bagi inspirasi pada orang lain pun melalui fb personal sahaja. Saya kurang gemar war-warkan pada umum tapi saya fikir sebagai penghargaan & ucapan terima kasih pada guru fb ads saya Sifu Jamal, saya ambil masa skit untuk berkongsi insyaAllah.

CERITA SAYA INI SEMOGA DAPAT BERI INSPIRASI PADA SURI RUMAH TERUTAMANYA SEBAB SY BERMULA DARI SURI RUMAH SEPENUH MASA JUGA. KINI SAYA TAK KETINGGALAN UNTUK BERGELAR JUTAWAN MUDA. Muda ke… muda la jugak baru 30 tahun anak 3. (artikel tahun 2015)

7 tahun yg lalu saya suri rumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan nantikan duit nafkah dari suami. Alhamdulillah, saya tak pernah mengeluh @ merungut. Setiap pemberian suami saya senyum & ucap terima kasih. Tak pernah minta sesuatu yang membebankan kepala beliau. Seingat saya tak pernah. Itu faktor no.1 saya rasa kenapa sekarang saya berada di tahap ini.

Satu ketika lepas bersalin anak ke-2, suami kehilangan kerja. Syarikat muflis. Erm… bayangkan macam mana nak survive dengan tidak ada sesen pun duit simpanan. Bermulalah edisi pinjam meminjam. Makin lama makin banyak. Susu, pampers, baju anak harapkan ehsan dari mak ayah & adik beradik.

Masa tu masih menumpang rumah mak. Rasa segan malu macam nak sorok saja muka dalam mesin basuh. Tuhan saja tahu apa rasa. Suami beritahu sampai dia terfikir untuk larikan diri. Tapi, iman masih ada alhamdulillah. Jangan mengaku beriman jika tidak diuji katanya.

Alhamdulillah slps 6 bulan, suami dapat kerja. Gaji boleh kira bagus waktu itu tahun 2008 & kami pindah ke rumah sendiri. Rumah dah beli sebelum kawin lagi tapi bagi orang sewa waktu tu.

Bermulalah kerja… dapat gaji apa yang boleh buat? Bayar hutang. Yes. Waktu dulu tidak ada ilmu seperti sekarang. Ramai guru boleh dirujuk. Hutang keliling pinggang. Kereta tertunggak. Rumah dah lama sangat tak berbayar. Satu masa, dua-dua ujian datang sekali. Kereta nak kena tarik. Rumah dah sampai tahap lelong. Tapi alhamdulillah, pinjam lagi duit dengan sorang kawan untuk ambil balik rumah. Hutang lagi. Kami berjiwa POSITIF. Setiap yang berlaku kami yakin ada buah manisnya syarat kena sabar.

Sampai satu masa saya dah tertekan sangat dengan keadaan tapi depan suami saya tak tunjuk. Releks je. Saya cari akal nak berniaga jual kain pasang dari rumah ke rumah. Duk kat kampung kan… biasa la berniaga cara kampung. Saya nekad pinjam dengan abang kandung RM1K. Saya nak buat modal beli kain pasang. TAK ADA ILMU LANGSUNG waktu tu. Redah saja sebab dah tertekan sangat.

Bermulalah episod saya berniaga. Tak tahu mcmana dari seorang yang sangat penakut & pemalu tak bertempat ni boleh terjebak dengan bisnes jual kain pasang. Tapi… tak seindah yang difikirkan. Kena perli, macam-macam kena. Oklah, saya rasa kain pasang ni tak kena dengan jiwa saya. Saya minat dengan dunia kecantikan. Tiba-tiba, saya teringat kata seorang sahabat baik saya, kau nak berniaga x payah berniaga benda lain la. Jual produk kecantikan je, insya-allah jadi. Saya tak faham kenapa dia cakap macam tu..

Bermulalah pula saya buka Kiosk kecil jual produk kecantikan dengan sewa RM400 tahun 2012. Hampir setahun berlalu rasanya, macam cukup-cukup makan je. Dah mula dah rasa nak bungkus kedai. Tapi Allah berikan satu jalan. Saya lupa macam mana boleh jumpa fb ads waktu tu saya main redah je tanpa guru. Saya cuma jual krim malam je masa tu untuk hilangkan jeragat.

Alhamdulillah sebab berkesan, tiba-tiba permintaan makin banyak. Walhal, waktu tu kalau tengok packaging memang kelakar badak la. Saya buat fb ads tu tanpa guru boleh buat sale waktu tu ribu-ribu tak sampai 10k lagi.

Saya mulalah mencari-cari guru fb ads. Ramai……….sifu Jamal Fb ads pun termasuk dalam list saya. tapi..Tuhan uji saya dulu.. Dia bagi saya pilih sifu Jamal last sekali lepas saya kena tipu. 
Lepas saya berguru dengan orang yang ilmunya tak macam guru pun….sebelum berguru dengan sifu Jamal saya kena tipu dengan sorang “guru” jugak hangus dalam RM5k camtulah. Excited sangat nampak boleh buat duit dengan fb ads. Dah…serah kat dia buat. Ads ke mana duit kemana.

Ok, fine walau sakit jugak rasa waktu tu, saya berdoa pada Tuhan, ya Allah aku dianiaya. Aku yakin Kau akan ganti dengan yang lebih baik.

Tak lama lepas tu saya join seminar Sifufbads Chapter F kalau tak silap saya. 1st masuk seminar sifu dengan adik saya waktu tu, kami dua-dua melopong. Dalam hati, WOW! Dah ramai guru fb ads aku pergi, tak jumpa lagi yang macam ni. Ilmu-ilmu FB macam makanan dia. Boleh kunyah macam tu je! Cakap dalam hati waktu tu.

Yang paling salute lagi setiap perubahan FbAds sifu Jamal akan update malalui page beliau & email. Kami rasa betul-betul seperti jd anak murid beliau. Sebab rasa ada orang ambil berat. Kalau tak faham @ ada masalah boleh tanya & insyaAllah ada jawapan. Best kan… ada tempat rujukan. Yang “guru-guru” sebelum ni kalau ada masalah, silalah setel sendiri. Kadang-kadang kita mesej pun tak berjawab. Kalau jawab pun sepatah-sepatah. Lupakan yang tak best.

Bermulalah dari situ sifu…dari sales belas-belas ribu, anjak ke puluh-puluh ribu, anjak lagi ke ratus2 ribu sebulan…Saya belajar FOKUS. KATA SIFU JAMAL, Dalam FB Ads KENA BUAT SAMPAI JADI! eh2 saya tak pernah terfikir saya akan jadi seorang bisneswoman bertaraf millionaire!

Saya punyai syarikat sendiri MAMADIL Slim & Beauty SDN.BHD. Anak kampung. Anak jati Terengganu. Staff syarikat yang uruskan bisnes. Saya cuma layan FB Ads & buat merketing saja. TAK PERNAH terfikir sama sekali akan berada di tahap ini. Kadang terfikir, takde orang kenal aku pun tapi boleh gak jadi jutawan he3..
Kita lupa Tuhan tahu apa yang kita tak tahu.

Sekarang, lepas launching produk terbaru, SUSU RIZQI susu utk kecantikan kulit sekeluarga, Kehebatan kandungan makanan sunnah Habatus Sauda, Buah Zaitun & Susu Kambing dgn perisa Vanilla mirip rasa aiskrim Vanilla nestl* tanpa rasa hamis, tak boleh nak cakap apa dah sifu. Stok sampai je licin. Sampai je licin. Apa taknya ibu-ibu teruja kulit anak2 yg sunburn pun dh jd cerah licin dgn lembabnya kulit sekejap saja la jd viral. Ibu pregy lglah teruja boleh ambil sekali. Yang dah tempah siap bayar pun ramai untuk jd agen! Janji HALAL & SELAMAT : )

Saya cari agen pun melalui FbAds.
Tak banyak yang saya ikut apa yang sifu ajar walaupun dlm buku note penuh note. Saya cuma praktik satu dua point je yang sifu ajar tapi dia punya penangan subhanallah. Takde apa nak cakap dah. Saya cuma boleh katakan berbanyak terima kasih pada SIFU JAMAL FBADS & TEAM semoga kalian selalu dalam rahmat & redha Allah s.w.t SIFU MEMANG BETUL2 SIFU.

Para isteri di luar sana, jika cerita saya ni memberi inspirasi pada kalian, ada beberapa tips saya nak kongsikan sebelum saya temui jalan-jalan best di atas:

  • Solat Dhuha jadikan amalan harian dari masa susah lagi.
  • Solat Istikharah juga jadikan amalan harian. Kita perlukan petunjuk dari Dia setiap waktu.
  • Sedekahlah, walaupun dalam poket kita pun ada RM10 je. Bahagi dua. Awak separuh, saya separuh. Bila dah ada RM10k, awak RM5k, saya RM5k.
  • Tolong jangan sakiti hati suami sebab duit. Jangan sekali2…..susah @ senang adalah ujian.
  • Bahagiakan keluarga sendiri, ibu bapa & juga keluarga mertua.

Lihatlah sendiri apa yang Tuhan akan balas.

Sumber : https://sifufbads.com/blog/kisah-inspirasi/saya-ni-surirumah-duduk-kampung-jer/

Aura Dila Mubarak selepas 7 tahun Aura Dila Mubarak selepas 7 tahun Aura Dila Mubarak selepas 7 tahun

Kulitnya putih mulus, bersih tanpa sebarang cela. Malah kecantikan luaran terpancar menerusi penampilan serta tutur katanya yang tersusun rapi. Siti Fadilah Abdul Mubarak dulunya bukanlah wanita seperti yang ada di hadapan penulis. Melihat gambar lamanya tujuh tahun lalu sudah pasti sukar dipercayai yang dia pengasas jenama Mamadil.

“Benar dulu saya berkulit gelap, dengan bekas jerawat, wajah langsung tiada aura. Badan pula agak berisi. Ramai tidak percaya apabila saya tunjukkan gambar tujuh tahun lalu,” katanya memulakan bicara sambil wajah dirias jurusolek Chomel.

 Wanita kelahiran Terengganu yang pekat dengan loghat pantai timur ini mengakui penampilannya berubah selepas dia merasakan perlu melakukan sesuatu untuk membantu suami.

Tujuh tahun dulu, dia hanyalah suri rumah sepenuh masa. Berkahwin pada usia 20 tahun sebaik saja tamat pelajaran tingkatan lima dia langsung tidak bekerja. Sebagai isteri, setiap bulan dia hanya menantikan nafkah suami. Namun dia tidak pernah merungut sebaliknya sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehinya.

“Namun keadaan ekonomi kami bertambah teruk apabila suami diberhentikan kerja. Dari sehari ke sehari ada saja keperluan yang perlu disediakan. Pernah satu masa kami langsung tidak dapat menyediakan keperluan raya untuk anak-anak. Saya sangat tertekan dan memikirkan apa yang boleh dilakukan bagi menampung pendapatan keluarga.

“Akhirnya saya meminjam RM1,000 daripada mak dan menjual kain pasang dari rumah ke rumah. Oleh kerana langsung tiada ilmu dalam perniagaan dan hanya inginkan duit, perniagaan kain pasang saya berkubur begitu saja. Saya berhenti berniaga dan kembali menjadi suri rumah sepenuh masa,” katanya sayu.

Walaupun percubaan kali pertama gagal, Siti Fadilah enggan berputus asa. Oleh kerana sangat meminati bidang kecantikan dan kesihatan, dia mula mencari sumber perniagaan dalam bidang itu. Dalam pencarian dia bertemu dengan pemborong produk kecantikan lalu membuka kedai jamu di kampung dengan sewa kedai RM400 sebulan.

Malangnya kedai jamu juga bertahan setahun saja. Barang laku namun keuntungan hilang begitu saja. Kecewa dengan apa yang berlaku dia nekad untuk berhenti berniaga namun semangat yang diberikan ahli keluarga menyebabkan dia terfikir mengapa tidak mencari mentor dan mendapat ilmu dalam perniagaan.

“Saya menghadiri seminar di Kuala Lumpur. Pulang daripada seminar saya menemui semangat baru. Secara tiba-tiba saya mendapat idea untuk menghasilkan produk sendiri dengan nama Beauty Sara. Produk pertama mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai mengakui keberkesanannya. Ketika itu juga persaingan tidak begitu banyak seperti sekarang jadi tidak sukar untuk menjual,” katanya.

Oleh kerana lebih ramai menghasilkan produk kecantikan, Siti Fadilah mula menukar strategi dan memilih untuk menukar nama yang lebih memikat. Dia memilih jenama Mamadil Slim & Beauty mengambil singkatan namanya sendiri iaitu Dil gelaran yang diberikan oleh rakan.

“Saya menukar nama kerana inginkan kelainan dan keunikan. Alhamdulillah sangkaan saya tepat dengan izin Allah selepas menukar kepada nama Mamadil perniagaan saya berkembang sehingga sekarang. Bermula dengan produk makanan tambahan antipenuaan, Mamadil mempunyai pengikut tersendiri,” katanya.

Jelas Siti Fadilah, sejak mempunyai jenama sendiri dia semakin percaya dan yakin dengan melakukan solat Istikharah untuk mendapatkan petunjuk Allah. Bermula dengan mencari produk, nama sehingga kepada pembungkusan dan logo semuanya diperoleh selepas melakukan solat Istikharah. Malah solat sunat Dhuha juga menjadi amalan setiap hari sehingga sekarang.

Bermula dengan satu produk, kemudian bertambah kepada produk pelangsingan Slim Love dan Susu Rizqi yang dikeluarkan pada 2015. Untuk satu-satu produk dia menjadi testimoni terlebih dulu sehinggalah benar-benar berpuas hati dengan kesannya.

“Saya terfikir untuk menghasilkan Susu Rizqi iaitu susu untuk kecantikan selepas menyedari anak sering terdedah kepada matahari sehingga kulitnya terbakar dan gelap. Selepas menemui bahan sesuai seperti susu kambing, habbatus sauda, zaitun, madu dan kurma saya memberikan kepada anak saya. Alhamdulillah bukan saja kulitnya lebih cerah tetapi selera makan semakin bertambah. Malah juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah resdung,” katanya yang kini mempunyai 600 stokis dari seluruh Malaysia.

Kebanyakan mereka ialah suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan selain membantu suami.

“Memang itu niat saya menghasilkan produk untuk membantu memberi nilai kepada orang lain. Niat saya bukanlah ingin kaya semata-mata sebaliknya saya ingin membantu suri rumah membangunkan ekonomi keluarga. Saya tidak mahu mereka menjadi seperti saya suatu ketika dulu,” tambahnya.

Trauma dengan kehidupan lalu
Jelas Siti Fadilah, untuk mencapai seperti mana tahap sekarang sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Dia mengakui pernah gagal dan melalui zaman kesusahan tatkala suami diberhentikan kerja. Bayangkan ketika itu dia sekeluarga tiada pendapatan.

“Kereta empat hingga lima kali kena tarik, rumah pula hampir-hampir dilelong. Tiada duit membeli keperluan anak-anak. Memang sangat perit tambah pula dengan pandangan masyarakat apabila melihat kami tiada apa-apa.

“Saya tidak boleh lupa kata-kata sindiran dan cemuhan disebabkan saya hanyalah suri rumah sepenuh masa. Namun saya sedar semua ini ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan hamba-Nya.

“Apa yang menyebabkan saya bangkit daripada kesusahan lalu adalah anak-anak. Saya berjanji pada mereka tiga tahun lalu, saya akan ubah kehidupan ini. Saya berjanji akan buktikan saya akan berjaya satu hari nanti. Alhamdulillah saya berjaya mendapat apa yang saya inginkan sekarang,” katanya.

Sebagai usahawan yang masih baru menapak, Siti Fadilah sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan diri dengan ilmu terutama dalam bidang pemasaran. Pada masa sekarang semuanya menggunakan media sosial jadi saya perlu mengukuhkan kemahiran dengan mengikuti kelas perniagaan dalam talian bagi memantapkan promosi. Selain itu, sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

“Saya bersyukur kerana suami sentiasa memberikan semangat ketika susah mahupun senang. Dia banyak berkorban misalnya menjaga anak-anak ketika saya mengikuti kursus atau seminar. Dia juga banyak memberikan idea untuk menjadikan produk Mamadil mendapat kepercayaan ramai,” katanya.

Artikel : https://www.hmetro.com.my/node/160303

Dila Mubarak dan Suami

Perkongsian biodata ringkas dari Dila Mubarak di FB sendiri. Perkongsian biodata ringkas dari Dila Mubarak di FB sendiri. Perkongsian biodata ringkas dari Dila Mubarak di FB sendiri.

Aduhai disebabkan followers naik mendadak di personal fb sejak semalam..
Mailah kita berkenalan sikit.
Saya percaya ramai yang belum kenal saya.
Nama glamor saya Dila Mubarak🤓
Saya berumur 36 tahun.
Saya mempunyai 4 orang anak kandung.
Anak yang tak dikandung ramai..
Anak sulong saya Aisha Azuan, berumur 15 tahun.
Yang kedua Akid Azuan, 13 tahun.
Yang ketiga Aryan Azuan, 8 tahun.
Yang keempat Anggun Azuan, 2 setengah tahun.
Saya ni kadang ok je.
Kadang gila2 jugak.
So tak payahlah rasa pelik sangat.
Ehee rilek2 sudah.
Ibu saya masih ada alhamdulillah.
Moga Allah panjangkan usia ibu saya, dikurniakan kesihatan yang baik dalam ketaatan amin..
Ayah saya telah meninggal pada Ogos2019.
Kehidupan & bisnes saya drop paling teruk lepas ayah saya meninggallah.
Saya tak ada kekuatan langsung sebab..
Tak tahulah nak cerita macamana..senang cakap, saya ni selalu ada depan mata ayah setiap hari. Setiap hari ayah ada depan mata saya. Camtulah..
Saya bukan jadi sasau..
Tak.
Cuma nafsu untuk dunia tu jadi mati.
Jadi saya malas nak fikir pasal bisnes & sewaktu dengannya.
Hari2 life saya dengan Al-Quran.
Setiap hari fikir kebajikan apa yang nak dibuat untuk dihadiahkan pada ayah di sana.
Itulah hikmah besar yang Allah beri.
sampailah hari ni.
Subhanallah.
Lepas beberapa bulan drop teruk..
Saya dah tak peduli apa nak jadi dengan bisnes ni..
Tiba2..
Sekelip mata Allah angkat bisnes saya naik Semula berkali2 ganda nak dibandingkan dulu.. Start April tahun lepas.
Bulan kelahiran saya.
Sejak itulah..
Hinggalah hari ini.
Saya sendiri masih tak percaya.
Inikah hikmahnya?
Betullah orang kata,
Allah uji dulu sebelum hadiahkan bungkusan yang indah.
Cuma ujian kehilangan tu sangatlah perit.
Apa daya kita.
Semua milik Allah.
Kita redha saja..
Bungkusan yang indah tu bukanlah harta benda yang saya nampak.
Yang Allah kurniakan untuk saya,
Yang saya sangat merasai dahsyatnya ialah..
Saya bersahabat baik dengan AL-QURAN.
Siang & malam.
Sejak ayah pergi hingga saat ini.
Bukan macam dulu kala..
Baca Al-Quran waktu free.
Sejak kehilangan yang tersayang,
saya free kan masa untuk AL-QURAN.
Maha Baiknya Allah..
Dia sayang saya.
Dia tarik sesuatu & Dia hadiahkan saya sesuatu yang berharga juga.
Malah ia adalah kalam Allah.
AL-QURAN.
Subhanallah..
Jadi uol yang nak life melantun2 berubah seperti yang diimpikan..
Dah bersedia untuk diuji?
Baiklah sambung lagi serba sedikit.
Siapa Dila Mubarak sebenarnya?
Orang biasa..
Bukan kerabat diraja.
Saya pemilik kepada brand Mamadil.
Mamadil tu apa?
Mamadil adalah bisnes yang saya usahakan sejak 2012 bersama tim alhamdulillah dengan mengeluarkan produk penjagaan diri untuk sekeluarga sinonim dengan tagline “Tested.Trusted”
Kalau saya nak bercerita pasal bisnes, saya rasa jadi buku nanti jadi saya cerita secara ringkasnya sudah la ya.
Alhamdulillah bisnes yang kami usahakan ini semakin berkembang pesat dengan jayanya.
Untuk pengetahuan semua juga selama berbisnes ini,
Kami tak pernah menggunakan strategi viral samada viral yang baik atau yang kurang baik.
Bisnes Mamadil ni ia berkembang dengan sihat hasil dari kepercayaan pengguna dari satu step ke satu step sehinggalah hari ini.
Dengan izin Allah.
Alhamdulillah..
Killer product dari Mamadil ada 2 iaitu Susu Rizqi & suplimen Women Love.
Betul2 killer hoho
Susu Rizqi dihasilkan khasnya untuk kulit cantik & sihat buat seisi keluarga..yang mana jika ada dalam keluarga mengalami masalah berkaitan kulit insyaAllah Susu Rizqi sangat2 membantu.
Selain itu banyak lagilah manfaatnya terutama untuk energy booster. Rasa segar & rasa kenyang yang lama. InsyaAllah.
Susu Rizqi ni dihasilkan pada tahun 2014.
Women Love pula insyaAllah satu2nya suplimen yang cukup lengkap untuk keperluan badan wanita dari luaran hinggalah dalaman.
All in one begitulah konsepnya insyaAllah.
Suplimen ini dihasilkan pada tahun 2013.
Ada lagilah beberapa item rangkaian produk keluaran Mamadil yang memang selalu tak cukup stok pun. Tak caya tanya jemaah Mamadil betul kewwww? kikiii
Alhamdulillah yang pasti semakin menginjak tahun permintaan semakin tinggi.
Syukur pada Allah.
Boleh scroll di wall fb saya @ telegram saya DILA MUBARAK CHANNEL,
Di Channel ni saya jarang cerita pasal bisnes tapi saya banyak share tips2 suksess dengan cara saya sendiri & tentang life.
Jemput follow ya.
Di telegram tu nanti,
Scroll je ke atas sangat banyak input yang saya share di sana. Alhamdulillah.
Saya ni kalau sebut bab bisnes malas dah nak cerita kaching! juta2 ehee
Tapi saya tahu ramai yang suka & terinspirasi.
Sebab tu kadang kala saya selit jugalah tentang itu.
Sikit2..
Dulu..
6-7 tahun yang lepas waktu pertama kali saya dapat cecah nilai juta..
Excited jugaklah.
Benda tak pernah terbayang apa lagi nak difikir.
Lama kelamaan,
Dah tak rasa apa dah..
Bukan tak bersyukur tapi kita rasa kecil.
Kecil di hadapan Allah.
Jadi, dunia tu letak di tapak tangan saja bukan di hati.
Di hati, CUKUPLAH ALLAH BAGIKU.
Ini ayat yang paling saya suka.
Rasa cinta yang mendalam.
Sangat.
Saya suka pada sesuatu yang tenang.
Yang damai. Yang rileks. Cool.
Jangan ajak saya gaduh…
Saya malas nak layan.
Habis cerita sangat saya block saja.
Itu kalau di media sosial la.
Biasa la fake account je biasanya yang suka cari pasal.
Buang masa lah kita kalau melayan.
Dalam kehidupan sebenar,
Jaranglah pulak orang ajak gaduh.
Tak ada kot!
Memang tak ada la hu3
Kalau ada pun saya asingkan diri saja.
Memang tidaklah nak bertekak.
Orang nak cakap apa saya tak kisah.
Janji tak serabut kepala ehee
Saya memang sangat tak suka fikiran & hati berserabut.
Sebab bila hati & fikiran tak tenang, kita tak dapat nak berfikir dengan baik.
Pernah dengar tak orang yang suka lepaskan rasa marah pada anak2?
Anak2 jadi mangsa. Biasa dengarkan..
Itulah puncanya.
Dia tak dapat nak berfikir dengan baik.
Emosinya bercelaru.
Sebab tu cerita saya sehari2 banyak berkisar tentang famili, tentang kampung.
Itu je.
Bukan orang nak layan sangat pun cerita camni. Pun saya tak kisah..
Janji kita happy.
Sekali sekala salah bercerita luar dari kebiasaan,
Rentung jadinya🌚
Saya lebih suka jadi diri sendiri.
Tak kiralah taraf hidup berbeza dari dulu pun.
Itu di mata kasar saja.
Depan Allah kita tetap sama.
Orang kata ada duit boleh beli apa saja.
Boleh pakai apa saja.
Boleh ubah gaya hidup begitu begini.
Boleh buat apa saja.
Ikut suka!
Mana boleh..
Hidup ni ada panduan.
Kita ada agama.
Untuk saya,
Saya hanya jadi diri sendiri & inilah saya..
Anak kampung yang membesar di kampung & saya sukakan kampung.
Itu lebih best dari kita cuba jadi orang lain.
Boleh dikatakan setiap hari,
Rumah inilah tempat saya singgah & melepak hihi
Rumah siapa tu?
Rumah mak saya.
Kami adik beradik sentiasa berkumpul di sini.
Selalu..
Kerana sejak kecil kasih sayang dipupuk di sini.
Suami tak marah ke selalu lepak rumah mak?
Kami saling memberi sokongan.
Suami support saya terus berbuat baik pada mak & adik beradik saya.
Begitu juga saya sentiasa support beliau terus berbakti pada ibu ayah & adik beradiknya.
Hasilnya?
Terbinalah keluarga yang harmoni & alhamdulillah rezeki Allah kurniakan sentiasa melimpah ruah bila kita sentiasa bahagiakan orang sekeliling terutama famili sendiri.
Di rumah ini jugalah saya selalu cakap dengan mak saya..
“Mak doakan saya selalu ya..Mak doa banyak2 tau! Jangan lupa sebut nama saya dalam doa mak..”
Ayat ni yang saya selalu ulang2..
Sampai kekadang tu mak saya terus angkat tangan doa kuat2 depan saya siap sebut nama penuh lagi😂
Dan saya percaya, apa yang Allah kurniakan buat kami hari ini adalah paling utama berkatnya doa dari ibu bapa, famili.
Saya sangat yakin & percaya kerana ustaz selalu bagitahu, anak yang derhaka pada ibu bapa Allah balas di dunia & juga di akhirat.
Dua2 kena..
Jadi kita tukar..
Jadi anak yang taat & berbakti pada ibu bapa.
Pun…
Allah balas juga di dunia juga akhirat insyaAllah.
Allah balas tak semestinya dengan harta benda..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Janji Allah sayang..
Panjang sangat dah ni..
Nak lagi ke?
Cukuplah dulu ok.
Eheee Love!💜
Psttt..
Baca sampai habis ke tu?
_______________________
(DILA MUBARAK CHANNEL)

Artikel asal daripada fb Dila Mubarak.

Jaga Hati Suami, Tuhan Jaga Rezeki Kita – Puan Dila Mubarak (CEO Mamadil Slim & Beauty) Jaga Hati Suami, Tuhan Jaga Rezeki Kita – Puan Dila Mubarak (CEO Mamadil Slim & Beauty) Jaga Hati Suami, Tuhan Jaga Rezeki Kita – Puan Dila Mubarak (CEO Mamadil Slim & Beauty)

Kedatangan kami 4 jejaka disambut mesra oleh kakitangan Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd. Rona ungu yang melatari hampir setiap bahagian pejabat urusan dan ditambah pula dengan senyuman manis kakitangannya menghilangkan penat lelah perjalanan kami dari Kuala Lumpur.

Kami dibawa masuk ke ruang pejabat Puan Dila Mubarak dan diminta untuk menunggu sebentar kerana Puan Dila masih lagi dalam perjalanan. Mata saya sempat mengitari setiap sudut pejabat tersebut yang dihiasi dengan keratan-keratan akhbar kisah kejayaan Mamadil dan juga buku-buku mengenai perniagaan yang tersusun rapi di almari kayu. Belum sempat merasa puas menunggu, sosok insan yang dinantikan muncul dengan senyuman di sebalik pintu kaca pejabat itu.

“Assalamualaikum, maaf ye lambat sikit sampai.” Lafaz salam dan senyuman serentak menghiasi bibir PuanDila Mubarak.

Sebelum Mamadil

“Siapa Puan Dila sebelum Mamadil?”

“Saya suri rumah saja, tak ada siapa pun kenal. Saya nak keluar rumah pun takut. Kalau nak keluar rumah mesti ada orang teman. Kalau dia tak ada saya takakan pergi mana-mana.” Sambil hujung mata menunjuk ke arah suaminya, Tuan Azwan yang sedang tekun membuat kerja-kerja di laptop.

Selepas tamat SPM, Puan Dila mengambil keputusan untuk berkahwin. Bila ditanya adakah selepas kahwin Puan Dila pernah bekerja? Pernah katanya. Beliau mengambil keputusan untuk bekerja pada masa itu adalah untuk membantu suaminya menyara kehidupan dan dua orang anak kecilnya. Niatnya hanya satu iaitu untuk meringankan beban suami dek kehidupan yang agak menghimpit. Tetapi beliau hanya bekerja satu hari sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berhenti.

“Sebelum memulakan kerja saya dijanjikan untuk berada di posisi lain, tetapi bila dah start kerja saya diletakkan dibahagian lain yang saya tak setuju. Dan untuk saya diletakkan semula ke bahagian yang dijanjikan, majikan memberi syarat. Syaratnya saya kena bagi gambar yang cun-cun kat dia.” Cerita Puan Dila yang merasakan ketika itu dirinya dikhianati dan dipergunakan.

“Selepas daripada peristiwa itu saya kata pada diri sendiri yang saya akan buktikan rezeki saya akan bertambah-tambah. Dan saya nampak sekarang ni Allah ganti balik dan kabulkan doa saya tu.” Akui Puan Dila yang selepas kejadian itu beliau tidak berani untuk meminta kerja di mana-mana tempat.

Pendek kata Puan Dila adalah seorang suri rumah yang biasa-biasa sahaja sebelum bergelar seorang CEO kepada sebuah syarikat kecantikan dan kesihatan. Suri rumah yang tugasnya menjaga anak-anak kecil dan tidak ada pendapatan sendiri. Namun secara jujurnya beliau mengakui agak sedih dengan keadaan dirinya dan keluarga ketika itu. Hidup dalam belenggu ketidakcukupan wang ringgit ditambah pula dengan tekanan hutang yang perlu dibayar. Detik hatinya sampai bila mereka harus hidup begini. Hari-hari yang berlalu terasa sukar. Memikirkn keadaan itu beliau harus bangkit dan membantu suaminya menyara kehidupan. Tekad hatinya.

Berjualan Kain Pasang

Selepas 7 tahun menjadi suri rumah sepenuh masa seperti isteri-isteri yang lain, Allah memberi satu detikan di hatinya untuk berniaga. Ditambah pula ketika itu ramai yang berjualan di Facebook mendorong Puan Dila untuk berbuat hal yang sama. Mencuba nasib.

“Masa tu ramai yang jual kain pasang di Facebook, saya pun try la jual juga kain pasang.” Ketika itu Puan Dila Mubarak hanya menggunakan medium Facebook untuk menghilangkan kebosanan dan mengisi masa terluang.

Untuk mulakan perniagaan kain pasang itu, beliau meminjam RM1000 dari abangnya. Semua itu tidak mudah untuk dilakukan dek kerana kurangnya pendedahan tentang ilmu perniagaan apatah lagi sebelum ini beliau tidak terdedah sangat kepada dunia-dunia luar.

“Abang saya tanya nak buat apa dengan duit RM1000 tu, saya cakaplah nak berniaga kain pasang. Mungkin dia kesiankan saya time tu, dia pun bagi pinjam.” Imbau Puan Dila Mubarak yang ketika itu tidak pasti samada boleh bayar balik atau tidak RM1000 kepada abangnya.

Namun berniaga kain pasang tidak semudah yang beliau harapkan. Pernigaan kain pasangnya gagal.

“Saya tengok ramai peniaga di Facebook menerima komen dan respon dari pelanggan. Tapi bila saya try buat tak jadi.” Ketika itu berapa helai kain pasang saja yang terjual dan selebihnya terpaksa beliau simpan begitu saja.

Antara sebab mengapa penjualan kain pasang tidak membuahkan hasil adalah kerana ia bersangkut paut dengan minat. Mengakui minat beliau bukan kepada menjual kain pasang. Jadi apabila perniagaan kain pasang tidak menjadi, Puan Dila Mubarak tidak ada ghairah untuk meneruskannya lagi.

Pohon Dhuha Yang Berbuah

“Mak saya pesan kalau nak keluar dari semua masalah ni, kena rajin buat Dhuha. Dari situlah saya amalkan. Dari sebelum saya jual kain pasang lagi. Masa saya buat tu, saya tak harap pun esoknya Tuhan balas macam mana. Tapi kalau tak buat Dhuha saya rasa ada sesuatu yang tertinggal.”

Kongsi Puan Dila Mubarak yang dapat merasakan kehebatan amalan solat Dhuha ini dengan tidak mengharap pun rezeki yang bagaimana akan dikurniakan Tuhan. Kerana beliau percaya saat kita tidak mengharapkan apa-apa, saat itulah Allah anugerahkan semuanya.

Namun Allah itu Maha Adil. Lambat laun apa yang kita lakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan akan dijawab oleh-Nya.

“Sekarang ni baru saya dapat rasa. Apa yang saya lakukan 4,5 tahun lalu, rasa macam Allah balas hari ini imbuhannya. Dalam hati hanya mampu sebut ‘Ya Allah’ bila saya teringatkan tentang perkara ini.”

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, serta tidak ada yang memelihara solat Dhuha kecuali orang yang bertaubat.”

( Hadis Riwayat Tirmidzi )

Redha Suami Murahkan Rezeki

“Semua ini ada juga kaitan dengan bagaimana menghormati suami. Zaman tak ada kerja saya tak pernah berbalah pasal duit. Walaupun saya tengok dia termenung, saya tak ada nak bertelagah bagi dia stress.”

Semuanya seakan terimbas kembali di minda dan terdetik kembali di hati Puan Dila Mubarak saat beliau menceritakannya. Baginya mungkin Tuhan menguji suaminya adalah untuk menguji juga kesabaran hatinya. Itulah saat yang paling berharga baginya dan suami apabila masing-masing mampu berlapang dada dengan ujian yang melanda. Sebagai isteri, menjadi tanggungjawab baginya untuk mendamaikan hati suami yang tidak tahu geloranya bagaimana ketika itu. Itulah punca kebahagiaan apabila suami tidak menyimpan rasa terkilan dan terasa hati terhadap isteri.

Puan Dila Mubarak selalu ingatkan followersnya di Facebook jangan kerana duit isteri bergaduh dengan suami. Jaga hati suami nanti Tuhan jaga rezeki isteri. Beliau juga selalu ‘pesan’ pada suaminya andai ada terasa hati atau terkilan, cepat-cepat memberitahunya. Jangan disimpan di dalam hati. Jangan sesekali. Walaupun beliau adalah CEO syarikat namun jawatan itu tidak pernah meletakkan darjat suaminya di bawah pangkatnya. Tidak sesekali.

“Suami saya selalu cakap yang dia tak pernah terasa apa-apa. Tak pernah nak simpan dalam hati. Sebab dia tak nak perkara itu menjadi hijab untuk saya terus berjaya.”

Soal menjaga hati suami ini memang saya merasakan ramai yang terlepas pandang. Redha seorang suami itu lebih penting dari segala wang ringgit yang sifatnya hanya sementara. Teringat saya sepotong hadis tentang redha suami itu adalah kunci bagi isteri untuk menjadi penghuni syurga.

“Mana-mana wanita yang mati sedangkan suaminya redha/suka kepadanya, pasti ia masuk syurga.”

( Hadis Riwayat At-Tirmizi )

Sedekah Hari Ini Esok Tuhan Tambah Lagi

Sedekah bagi Puan Dila Mubarak tidaklah diukur pada berapa banyak yang kita hulurkan. Tetapi berapa ikhlas yang kita laburkan. Sedekah mengikut kemampuan diri sendiri dan jangan mengikut kapasiti orang lain. Kerana bimbang apabila perasaan ‘terpaksa’ bersedekah itu wujud, maka sia-sia saja pahala yang diharapkan.

Berkongsi serba sedikit keajaiban sedekah yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu ketika bersama Beauty Sara. Ketika itu beliau mahu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah seminar perniagaan. Apa yang beliau buat terlebih dahulu adalah bukannya berbelanja barang-barang yang mahu dibawa tetapi beliau memberi keutamaan kepada ibu bapa dan adik beradik. Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk menuntut ilmu, beliau ringankan tangan memberi seratus dua kepada ibu bapa dan adik beradik.

“Walaupun dulu sale taklah banyak macam sekarang, tapi sebelum saya pergi seminar tu saya bagi ayah RM200, mak RM200 dan bagi pada adik bongsu saya RM200. Masa dalam kelas tengah belajar tu kan, order banyak masuk kat Whatsapp sampai tak sempat saya nak balas semuanya.”

Peristiwa tersebut membuatkan beliau termenung panjang dan berfikir semua ini datang adakah sebab sedekah yang beliau berikan pada ibu ayah dan adiknya. Lalu membuatkan beliau sangat percaya redha dan doa dari ibu memudahkan dan memurahkan perjalanan mencari ilmu dan mencari rezeki.

Minta Dengan Allah

Sebelum Puan Dila Mubarak mengakhiri ceritanya, beliau sempat berpesan kepada saya dan sahabat yang lain bahawa apa yang kita lakukan haruslah kembali kepada Allah. Sejauh mana kita keluar mencari ilmu dan formula-formula, kalau Allah tidak mahu anugerahkan kejayaan, maka kejayaan itu tidak akan datang. Maka sebelum kita meminta dengan orang lain, minta dulu dengan Allah. Perkemaskan dulu hal-hal yang asas. Iaitu hubungan kita dengan Allah.

 “Dan apabila bamba-bamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Q.S. Al-Baqarah : 186).

Sebelum segala tindakan yang diambil dan percaturan yang dibentangkan pada kertas perancangan, jangan lupa untuk berserah pada Allah kerana di situlah sebenarnya kunci kejayaan. Allah pemilik segala rezeki. Maka selayaknya kita mendapatkan pemiliknya terdahulu sebelum yang lain.

Sedekahlah kerana sedekah itu ohsem!
Sumber Artikel : https://mvm.org.my/jaga-hati-suami-tuhan-jaga-rezeki-kita/11060 

Keluarga Mamadil

Sebelum Berjaya, Rumah Pengarah Urusan Mamadil Ini Hampir Dilelong. Tapi Tengoklah Dirinya Sekarang! Sebelum Berjaya, Rumah Pengarah Urusan Mamadil Ini Hampir Dilelong. Tapi Tengoklah Dirinya Sekarang! Sebelum Berjaya, Rumah Pengarah Urusan Mamadil Ini Hampir Dilelong. Tapi Tengoklah Dirinya Sekarang!

Di sebalik kejayaan seseorang, pasti ada cerita dan momen yang menjadikan mereka berjaya seperti hari ini. Kesusahan yang pernah dilalui menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya di dalam kehidupan lantas menebarkan semangat yang positif kepada orang di sekeliling.

Mengenali Pengarah Urusan Mamadil Sdn Bhd, Dila Mubarak, dia seorang wanita yang lemah lembut orangnya namun penuh dengan visi dan misi untuk memajukan lagi perniagaan serta diri.

Bagaimana Dila boleh menceburi dunia perniagaan dan berjaya seperti hari ini?
Saya terjebak di dalam bidang perniagaan bertitik tolak dari zaman kejatuhan suami saya dalam bidang pekerjaan. Ketika itu saya hanyalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan tidak pernah bekerja selepas melangsungkan perkahwinan. Saya berkahwin pada usia yang sangat muda ketika berusia 20 tahun, jadi saya memang tidak memiliki apa-apa pengalaman dalam bidang kerja.

Ketika suami hilang pekerjaan sewaktu saya berumur 27 tahun, hidup kami sekeluarga memang sangat susah. Saya masih ingat lagi ketika itu, kereta kami selalu sahaja hendak ditarik oleh pihak bank dan rumah pula hampir dilelong. Namun suami tidak bersikap sambil lewa, dia cuba sedaya upaya mencari kerja sampingan yang sekurang-kurangnya boleh menampung perbelanjaan seharian yang asas.

Melihat kesungguhan dan keperitan suami, ketika itulah saya terfikir yang saya tidak boleh sekadar duduk diam di rumah. Saya harus bangkit mencari rezeki juga. Oleh kerana saya seorang yang menyukai produk kecantikan maka bidang ini menjadi pilihan untuk saya mula bertapak dan belajar berniaga.

Setahun pertama ketika mula-mula berniaga, saya menjual produk-produk barangan kecantikan dari jenama lain dan kemudian selepas setahun saya terfikir mengapa tidak saya juga menghasilkan produk kecantikan saya sendiri? Jadi bertitik tolak dari situlah jenama Mamadil menjadi ‘anak’ yang saya tatang dengan sepenuh hati.

Apakah cabaran bergelar seorang usahawan?
Bagi saya cabaran dan kesusahan tidaklah begitu dirasai kerana saya melakukan perkara yang saya minat. Jadi bila kita kena buat perkara yang kita tidak minat sebenarnya akan menjadikannya lebih susah. Walau bagaimanapun ini semua terpulang kepada prinsip individu masing-masing. Ada orang berniaga hanya untuk keuntungan semata-mata. Jadi bagi saya, kedua-dua perkara ini dicampur sekali yang membuatkan penat lelah memajukan perniagaan berbaloi.

Kalau bercerita serba sedikit soal cabaran setelah berniaga, bagi saya ia terletak kepada bagaimana untuk meyakinkan orang untuk mencuba produk yang dihasilkan. Maklumlah banyak isu-isu negatif mengenai produk kecantikan tempatan yang menggunakan bahan larangan menjadikan pelanggan ragu-ragu dan takut untuk mencuba.

Namun bagi saya ini hanyalah cabaran kecil. Untuk Mamadil, kami memang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan saya memastikan setiap produk yang dihasilkan selamat serta memberikan kesan positif.

Boleh kongsikan sedikit tip kejayaan yang diamalkan?
Wanita sebelum berjaya, biasanya perlu melalui proses yang jatuh tak terbangun, menangis sampai tertidur dan sampai satu tahap dia akan bangkit dengan semangat yang luar biasa. Rahsia saya dari seorang suri rumah selama 11 tahun sehingga kini bergelar usahawan adalah selalu berbuat baik kepada orang di sekeliling kita.

Sebagai contoh, keluarga, jiran dan yang utama serta paling penting, suami. Jika suami reda dengan apa yang kita lakukan maka Allah pun akan reda dengan apa yang kita lakukan. Perkara ini ramai yang terlepas pandang. Kebanyakan wanita apabila pendapatan lebih dari suami mulalah mereka mendabik dada dan tiada rasa hormat kepada suami.

Perlu kita ingat bahawa Allah Maha Memberi namun Dia juga boleh menarik bila-bila sahaja yang Dia kehendaki. Diringkaskan cerita, rahsia untuk berjaya sudah ada dalam ajaran agama kita sendiri.

Contohnya, solat awal awal waktu, bersedekah kepada fakir miskin, mendoakan kejayaan orang lain dan malaikat pun akan mendoakan perkara yang sama untuk kita. Rahsianya mudah namun ramai yang tidak tahu. Bagi saya terpulang kepada diri sendiri jalan mana yang hendak kita pilih.

Untuk saya, apa yang saya amalkan saya kongsi untuk kebaikan bersama. Dalam apa perkara yang kita lakukan dan sehebat mana kita, jangan sesekali lupa untuk mendirikan solat dan berterima kasih kepada-Nya, kuasa solat amat besar dan ia adalah terapi kepada kita sebagai umat Islam khususnya. Fiezreen Ahmad

Sumber : https://www.nona.my/sebelum-berjaya-rumah-pengarah-urusan-mamadil-ini-hampir-dilelong-tapi-tengoklah-dirinya-sekarang/

Jangan lepaskan peluang ini! beli segera sementara FREEGIFT Payung Eksklusif ini masih ada!

Mamadil Store

Our Best Sellers

Browse by Categories