Mamadil Produk Sampah?
Mamadil Produk Sampah?
Siapa kata #MAMADIL menyokong “produk sampah” yang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini? Siapa kata?
Saya menentang habis-habisan segala produk beracun kerana saya juga salah seorang mangsa produk keluaran dari mereka yang tidak bertanggung jawab & hanya mementingkan duit semata-mata.
Cuma orang tak nampak saja amarah di hati saya sebab saya kan cool & steady

Gambar pertama tu adalah keadaan wajah saya 7-9 tahun yang lalu selepas menjadi mangsa produk skincare membunuh.
Waktu itu saya akui saya bodoh & terpedaya. Jika zaman itu mempunyai maklumat dihujung jari seperti sekarang insyaAllah saya tidak ambil tindakan sebodoh itu.
Selepas itu saya bertukar ke produk jagaan wajah di farmasi. Dalam banyak-banyak produk di farmasi (tak tahulah banyak mana duit habis) yang saya cuba untuk rawat balik kulit wajah, hanya satu jenama yang sesuai dengan kulit wajah saya yang telah rosak iaitu Clinnell tetapi tidak bertahan lama saya guna sebab kulit wajah saya menjadi kering.
Bermula selepas itu saya sangat fed up, stress & mula berfikir “kalau macamni lebih baik aku buat produk sendirilah. Aku cuba&cuba sampai aku puas hati. Selagi aku tak puas hati, selagi tu aku cari jalan sampai aku dapat apa yang aku nak. Orang lain tak nak pakai sudah. Janji kulit aku ni sihat semula”
Hingga sekarang follower MAMADIL dah hadam sangat, setiap produk keluaran MAMADIL samada skincare, suplimen @ make up, saya akan cuba sendiri sampai saya puas hati. Barulah dikeluarkan.
Ops…bukan saya yang hasilkan produk tersebut tetapi MAMADIL mempunyai tim R&D khas dalam menghasilkan setiap produk keluaran MAMADIL.(Dah ada video sebelum ni tim R&D MAMADIL yang saya share 2 tahun yang lalu hingga sekarang)
Jadi soalannya:
Siapa kata saya menyokong produk sampah yang diperkatakan itu? Oleh kerana anda rasa saya ada menyindir tuan badan yang telah hilang itu bersama pagenya sekali?
Anda tak tahu cerita sebenar & saya jenis malas nak bercerita & berbalas hujah sebab masing-masing nak menang akhirnya didorong nafsu jahat mulalah keluar bahasa-bahasa yang tidak bermaruah.
Maaf sayang..saya bukan seperti itu & tidak minat dengan bahasa juga attitude murahan.
Cuma saya boleh ceritakan sedikit kenapa page yang hilang itu kecam MAMADIL kaw-kaw sebelum ni. Sebabnya ialah..
Saya ada up kan satu status yang menyatakan lebih kurang seperti ini:
“Nak bongkar produk sampah silakan. Boleh..tak ada orang marah malah orang akan berterima kasih. Tetapi jagalah bahasa & jangan pukul sama rata. Itu tak adil melainkan anda ada niat lain disebaliknya. Yang tukang share pula check dulu sahih ke tidak, jika tak sahih dah jatuh fitnah pula”
Selepas itu ada seorang hamba Allah “tag” nama manusia yang hilang sekarang ni pada komen post saya saya tersebut..
Bermula dari situlah dia mencipta satu rencana jahat terhadap MAMADIL. Ada seseorang screenshot komen orang yang hilang itu di pagenya sendiri katanya.. “Aku tak pernah jentik Mamadil ni tapi aku tengok foundernya dah gelabah teruk”
Pulak…Ok fine..niat saya up status di atas tadi hanya menasihati..tetapi sejak itu saya fahamlah manusia yang hilang itu tidak boleh dijentik walaupun satu patah perkataan namanya pun saya tak perna sebut dalam mana-mana posting saya.
Saya fikir habis di situ saja..
Rupa-rupanya..dengan MAMADIL sekali dia & skuadnya hentam bagai nak rak. Marah betul?
Siapa skuadnya yang menghentam MAMADIL tu?
90% mereka itu ialah yang dah tak sebulu dengan MAMADIL terutama agen-agen yang telah di terminate sebelum ini & rakan-rakan sekutunya.
Kebanyakan mereka yang kena terminate dari menjadi agen MAMADIL ni kenapa?
Sebab utama ialah supply produk MAMADIL pada tempat yang #DilarangMasuk. Buat anda pengguna MAMADIL hati-hati jika produk MAMADIL ada di sana, itu BUKAN dari pihak HQ.
Dah ada siap dalam agreement, produk keluaran MAMADIL diharamkan sama sekali di supply ke tempat-tempat tersebut.
Produk MAMADIL bukan produk lambakan!
Syarat itu jelas. Mereka(agen-agen yang dah keluar) yang tak dengar kata ni oleh kerana fikir duit masuk semata-mata melanggar arahan & kerana itulah mereka di tendang keluar. Bila ditendang keluar, mulalah tak puas hati & berdendam.
Akhirnya tempat mana yang mereka lepaskan perasaan amarah mereka itu? Ya tepat sekali di page yang telah hilang itulah.(untuk anda yang tahu sajalah ya) Mereka tak dapat nyatakan 1 pun di mana salah produk MAMADIL. Satu pun tak dapat cari salah. Nak cari salah macamana produk keluaran MAMADIL mengikut prosedur pihak berwajib. Kat mana salahnya?
Bila tak dapat cari salah..mereka cipta isu lain. Kali pertama hentam Skincare, tak menjadi. Tak dapat sambutan hangat. Kali ke 2 cuba lagi, membaraikan Susu Rizqi! Awak awak & awak tahu tak dengan izin Allah dah berapa banyak jiwa yang dulu berdukacita kembali ceria asbab Susu Rizqi?
Kenapa mereka hentam Susu Rizqi?
Kerana Susu Rizqilah HOT ITEM produk keluaran MAMADIL.
Kerana didorong nafsu dendam, segala bahasa yang tak elok keluar dari hati. Ada mereka yang kata, “tengok nutrisi di kotak Susu Rizqi tu..macam taik. Ko pergi tengok susu fresh milk yang dijual di pasaraya tu & bandingkan dengan Susu Rizqi bedebah tu.”
Saya tahu semua ni sebab ada hamba Allah yang screenshot & inbox saya. Nak suruh saya follow sendiri? Sampai mati tak akan.
Saya cuma jawab dalam hati saja kesiannya la cakap serupa keluar dari hutan mana..
Kau faham tak konsep susu yang masing-masing keluarkan tu? Faham konsep ke tidak?
Fresh milk konsep dia lain. Siapa minum fresh milk masalah kulit dia boleh sembuh? lelah dia boleh sembuh? resdung dia boleh sembuh? gastrik dia boleh sembuh? siapa? Saya tak pernah dengar lagi setakat hari ini sebab konsepnya bukan untuk pengguna yang ada masalah tu semua.
Konsep Susu Rizqi pula ialah untuk masalah kulit malah lebih dari tu tapi saya tak nak sebut apa manfaatnya yang lain nanti dikatakan overclaim! Dari 2014 lagi dah beribu feedback pengguna yang kami share. Konsep berlainan sememangnyalah setiap kandungan & nutrisi berbeza.
Oh dah penat rasanya jari jemari ni menaip. Kalau nak diterangkan A-Z jawabnya 2 minggu menaip belum tentu habis. Sejak dari itulah saya buat kesimpulan niat mereka ini tidak telus. Niat dari awal mungkin baik untuk menyedarkan masyarakat tentang produk sampah yang diperkatakan tetapi selepas follower bertambah & kuat, mula hilang niat asal. Kesombongan dah merajai hati. Siapa jentik dia & orang itu berbisnes niche H&B seperti ini, siap. Kaulah mangsa seterusnya.
Yang ini ramai pengikut dia yang kata,
“Dia bukan pukul rata semua produk la..ada je produk local yang dia reveal bagus!” Saya gelak sinis saja..nak tahu kenapa sekarang dia mula reveal produk local? Sedangkan dulu dia kata semua produk local ni sampah! Eh kenapa sekarang dah lain pula? Nak tahu? Sebab kena kecam dengan netizen.
Apa yang netizan kata?
Sebab terlalu banyak mungkin netizen berkata begitu, Selepas itu dia mula putar & putar lagi..
Dia update satu status minta founder-founder produk local inbox dia berserta detail jika benar produk anda selamat.
Katanya…
Nampak mainannya? Saya nampak walaupun saya tak follow -:) Ada yang inbox saya,
“Puan Dila inbox la dia bla bla bla sebab produk MAMADIL tak bersalah” Dik…dia siapa saya nak pergi sembah dia? Itu je soalannya. MAMADIL tak perlu reveal dari sesiapapun sebab ratusan ribu pengguna kami sejak 2013 telah membuktikan produk keluaran MAMADIL bukan produk lambakan, bukan produk sampah & bukan biasa-biasa. Pengguna kamilah duta produk kami! Kami berdiri atas kaki kami sendiri dengan pertolongan Allah. Bukan dari pertolongan mereka yang bongkak & berniat jahat.
Maaflah bercerita terlalu panjang. Kalau buat kerangan dalam exam UPSR semalam dah tentu hakak dapat gred A penuh. Kalau lukis lagilah korang tak paham. Jadi baca & hadam saja dengan hati yang bersih plus suci murni.
Saya harap akan timbul semula skuad membanteras produk yang memang betul-betul sampah ni kerana memang menyusahkan orang ramai! Tetapi jujurlah & berbahasa mendidik. Bukan didorong nafsu jahat.
Kalau hati dah benci, yang suci pun nampak najis. Kalau hati dah suka, najis pun nampak suci.
Sekian Terima Kasih.
Luahan hati yang ikhlas dari
Dila Mubarak
25 September 2018
Dila Mubarak
25 September 2018
43 SENARAI DI BAWAH #FAKTA TENTANG MAMADIL.
PRODUK #MAMADIL “SAMPAH?”
43 SENARAI DI BAWAH #FAKTA TENTANG MAMADIL.
1- Produk yg tak share testimoni buka aurat itu sampah?
2- Produk yg tak pernah guna duta berbayar & model cantik untuk review produk itu sampah?
3- Produk yg dah mencipta ribuan feedback positif selama 6tahun di pasaran itu sampah?
4- Produk yg dah membantu ribuan kanak2 & org dewasa bermasalah kulit, sembelit, cirit muntah, lelah, batuk & selesema tanpa bergantung pd ubat itu sampah?
5- Produk yg mambantu suami isteri tak jadi bercerai itu sampah?
6- Produk yg dah membantu ramai orang muka pecah akibat produk beracun itu sampah?
7- Produk yg dah membantu ibu2 lepas beranak lompong sana sini kembali bergetah luar dalam malah lebih elok dari asal itu sampah?
8- Produk yang dikeluarkan mengikut 100% prosedur pihak berwajib seperti KKM(npra) & JAKIM itu sampah?
9- Produk yg mendapat penganugerahan Super Health Brand Asia Pacific 2018/2019 itu sampah?
10- Produk bukan sekadar berdaftar & lulus KKM, siap dengan pakej labtest(ujian makmal) ditandatangani oleh pegawai pharmacist bertauliah itu sampah?
11- Produk yg dibenarkan masuk & dijual di farmasi bukan satu kerja mudah mereka ambil masa berminggu untuk bagi jawapan lulus @ tidak itu sampah?
12- Produk yg dihasilkan oleh Pharmaceutical Group, Chemist, Food & Technologist bertauliah & mempunyai lesen farmasi itu sampah?
13- Produk yg pengambilan agen pun tak dibuka & rules sangat ketat untuk menjamin kualiti jenama & produk terpelihara itu sampah?
14- Produk yg dicari di pusat2 borong pun tak ada itu sampah?
15- Produk yg masuk akhbar dengan tajuk besar “Mamadil Hasilkan Produk Berkualiti” itu sampah?
16- Produk yg menjadi repeat order bertahun2 oleh pengguna itu sampah?
17- Produk yg diuji dari segi kesan & penggunaan hingga makan tahun, berkali kali adjust R&D sehingga berjaya hasilkan kesan seperti yg dikehendaki sebelum dikeluarkan. itu sampah?
18- Produk yg selama 6tahun di pasaran dengan imej bersih sekalipun tidak pernah ada sejarah kena ban oleh KKM. itu sampah?
19- Produk yg doktor sendiri pun guna. itu sampah?
(Doktor yg guna tak bg share gambar/kliniknya, salah & menimbulkan isu katanya.Ok fine)
20- Produk yg doktor pun jadi agen. itu sampah?
21- Produk yg tak pernah overclaim & hanya share feedback dari pengguna selama bertahun2. itu sampah?
22- Produk yg tak pernah ada kontroversi sebelum ada yg sengaja mencipta kontroversi. itu sampah?
23- Produk yg tak pernah cipta isu bertujuan untuk viral @ buat video bodoh untuk femes & naikkan nama. itu sampah?
24- Produk yg selama 6tahun mencipta imej bersih tanpa ada “blacklist” dari mana2 pihak berwajib. itu sampah?
25- Produk yg pertama pada tahun 2013 mengeluarkan kos sebanyak RM30,000 untuk 1 jenis produk sahaja (kos tinggi atas kualiti bahan mentah) nak dibandingkan fenomena skrg merata kilang buat iklan untuk mengeluarkan produk jenama sendiri modal serendah RM1000!
RM30,000 VS RM1000,
yg RM30,000 tu sampah?
(Kilang Mamadil tak buat iklan sama sekali). Itu Sampah?
26- Jenama product ini mempunyai 17 buah outlet seluruh Malaysia (tak supply ke merata tempat/kedai/borong/runcit) mempunyai 17outlet sendiri seluruh Malaysia. Itu sampah?
27- Pengasas brand yg mempunyai puluhan ribu followers positif & berbahasa sopan(tidak ada yg berbahasa kotor) di personal Fb, ratusan ribu followers di page. Itu sampah?
28- Jenama yg tak pernah memburukkan jenama org lain untuk naik. Itu sampah?
29- Jenama yg selalu pantau aktiviti wakil jualannya setiap hari di media sosial, dilarang sama sekali menggunakan bahasa2 kesat samada dalam proses jual beli @ hal peribadi demi menjaga nama baik jenama yg dicipta sekian lama. Itu sampah?
30- Jenama produk yg mempunyai agreement lawyer untuk menjadi wakil jualannya. Itu sampah?
31- Jenama produk yg hanya mempunyai 3 saluran jualan iaitu melalui wakil jualan berdaftar, outlet & farmasi terpilih. Itu sampah?
32- Jenama produk yg mempunyai “customer service” di HQ itu sampah?
33- Produk yg mendapat permintaan tinggi dari rakyat Malaysia yg tinggal di luar negara. itu sampah?
34- Jenama produk yg mempunyai wakil jualan di luar negara antaranya Brunei hingga di Qatar. Itu sampah?
35- Produk yg mempunyai packaging ditempah khas(kos lebih tinggi dari packaging ready made yg biasa diguna produk timbang kilo) itu sampah?
36- Pengasas jenama yg menerima jemputan merata tempat terutama universiti utk bagi talk tetapi seringkali ditolak kerana merasakan diri sendiri tiada ilmu. Segala yg tercipta & terhasil hanya dari aturan & izin Allah semata. itu sampah?
37- Jenama yg merasmikan pembukaan pejabat baru(hq) pada tahun 2016 menjemput orang alim (tak jemput artis @ pondan) dalam upacara perasmian, solat hajat & kenduri kesyukuran oleh Ustaz Azhar Idrus. Itu sampah?
38- Jenama yg mempunyai billboard gergasi di Elite Highway sewaan ratusan ribu setahun hanya 2panel (kos menandakan ini bukan bisnes cap ayam) Itu sampah?
39- Pengasas jenama yg mempunyai buku inspirasi sendiri(dijual diseluruh kedai buku tanah air) atas permintaan ribuan suri rumah yg menjadikan dirinya sebagai inspirasi utk bangkit & sukses sepertinya. Itu sampah?
40- Pengasas jenama yg membuktikan dirinya sendiri berubah 360darjah dari hasil penggunaan produk jenama sendiri. Itu sampah?
41- Iklan di radio THR gegar hanya menggunakan suara seorang kanak2 & seorang ibu (bukan menggunakan suara wanita menggedik siang malam promot cantik gebu cantik gebu) & memaklumkan kpd pendengar produk jenama ini hanya dijual melalui wakil jualan sah berdaftar, juga di 17outlet seluruh Malaysia & juga farmasi terpilih. Itu Sampah?
42- Produk yg telah membantu ribuan ibu mengandung yang tak boleh telan vitamin untuk mengekalkan paras HB yg dikehendaki waktu mengandung itu sampah?
43- Sila buka laman web KKM(npra) & search jenama MAMADIL semuanya lulus & berdaftar.
Itu sampah?
Follower Mamadil sejak 2012, jika ada yg sy tertinggal info dari semua senarai di atas..anda boleh tambah di ruang komen.
Soalan:
Cuba check setiap hari apa yg anda guna, apa yg masuk dalam mulut anda & anak2 anda sendiri segala produk di pasaraya, makanan segera, semuanya selamat @ ada terguna @ termakan sampah juga?
Atau ada sampah yg ok?
Tak perlulah nak menjatuhkan org lain demi kepentingan sendiri. Ini jelas.
Dah baca 43 senarai MAMADIL di atas?
Soalan last, Siapa yang “sampah” sebenarnya?
Tepuk dada tanya akal & iman.
-
Trio Age Defying Booster Serum
SerumRM99.00Original price was: RM99.00.RM89.00Current price is: RM89.00.Masuk Bakul!Rated 0 out of 5 -
Women Love No Collagen
Women LoveRM148.00Original price was: RM148.00.RM140.00Current price is: RM140.00.Masuk Bakul!Rated 0 out of 5 -
Bedak Mamadil
Kosmetik RM79.00Pilih Perisa This product has multiple variants. The options may be chosen on the product pageRated 0 out of 5 -
Susu Rizqi Tablet
Susu Rizqi RM59.00Pilih Perisa This product has multiple variants. The options may be chosen on the product pageRated 0 out of 5
Artikel Asal dari Dila Mubarak Check Kat Bawah
Lain-lain Artikel dan Berita
Mamadil Store
-
Trio Age Defying Booster Serum
SerumRM99.00Original price was: RM99.00.RM89.00Current price is: RM89.00.Masuk Bakul!Rated 0 out of 5 -
Women Love No Collagen
Women LoveRM148.00Original price was: RM148.00.RM140.00Current price is: RM140.00.Masuk Bakul!Rated 0 out of 5 -
Bedak Mamadil
Kosmetik RM79.00Pilih Perisa This product has multiple variants. The options may be chosen on the product pageRated 0 out of 5 -
Susu Rizqi Tablet
Susu Rizqi RM59.00Pilih Perisa This product has multiple variants. The options may be chosen on the product pageRated 0 out of 5 -
Susu Rizqi
Susu Rizqi RM79.00Pilih Perisa This product has multiple variants. The options may be chosen on the product pageRated 0 out of 5 -
Medil Skincare
KosmetikRM207.00Original price was: RM207.00.RM195.00Current price is: RM195.00.Masuk Bakul!Rated 0 out of 5 -
Sale!
Out of stock
Seaweed Laminaria (SL)
KosmetikRM190.00Original price was: RM190.00.RM140.00Current price is: RM140.00.Read moreRated 0 out of 5 -
Anggon Hair Series
KosmetikRM135.00Original price was: RM135.00.RM129.00Current price is: RM129.00.Masuk Bakul!Rated 0 out of 5
Our Best Sellers
-
Susu Rizqi Tablet
RM59.00Rated 0 out of 5 -
Lipbalm
RM39.00Rated 0 out of 5 -
Women Love No Collagen
Rated 0 out of 5RM148.00Original price was: RM148.00.RM140.00Current price is: RM140.00. -
Collaloe Soap
RM30.00Rated 0 out of 5 -
Bedak Mamadil
RM79.00Rated 0 out of 5
Browse by Categories
- Kosmetik (7)
- Serum (1)
- Susu Rizqi (2)
- Women Love (2)